Ahad, 21 Disember 2008

Kasih Emak dan Abah



Setinggi Penghargaan yang tak terhingga dan tak terungkap buat emak dan abah......
Selama ini dengan penuh kesabaran mendidik dan mengasuh sehinggalah diriku menjadi seperti sekarang.
Alhamdulillah... berkat kesabaran emak dan abah mendidik aku dan adik-adik menjadikan kami 3 beradik seperti seadanya sekarang. Kami hanya 3 beradik, saya anak yang sulong, manakala adik kedua kini sudahpun berumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata dan kini bertugas sebagai seorang jururawat di Pusat Perubatan Universiti Malayas. Adik yang bongsu, satu-satunya anak lelaki dalam keluarga saya, juga sudahpu berumah tangga serta sudah mempunyai dua orang cahaya mata. Teringat kenangan lalu, tika emak dan abah membesarkan kami tiga beradik. Abah hanya seorang pekerja am di RRIM dan emak pula hanya bekerja kilang lebih kurang 4 kilometer dari rumah.
Ingat lagi... masa saya kecil ketika itu, saya baru di sekolah tadika, emak dan abah keluar bekerja. Pagi-pagi lagi emak sudah menyediakan sarapan pagi buat abah dan saya untuk dibawa ke sekolah. Kedua-dua orang adik saya emak hantar ke rumah atuk untuk dijaga. Nenek masa tu masih lagi bekerja. Saya akan pergi ke sekolah dengan hanya berjalan kaki dalam 1 kilometer dari rumah bersama pembantu tadika. Abah pula akan mengayuh basikalnya ke tempat kerja, lebih kurang dalam 12 kilometer dari rumah. Begitu juga dengan emak, pergi kerja dengan menunggang basikal sahaja sambil membawa nasi lemak dan air dibungkus untuk dijual ditempat kerja, mencari duit tambahan untuk membantu abah dan menyara anak-anak kian membesar . Kalau dikenang balik... kesian pada mak dan abah... Saya pula habis sahaja waktu sekolah terus balik ke rumah atuk tunggu abah balik dari kerja. Pengorbanan emak dan abah sememangnya mengajar saya erti berdikari.

Syukran Suamiku.....





Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia yang Maha Kuasa. Kasih sayang antara kita terus mewangi hingga ke hari ini....


Terima kasih atas sokongan dan dorongan abang selama ini. Dalam melayari kehidupan berumahtangga kesabaran abang menguatkan semangat untuk terus berdikari dalam tugasan harian sebagai seorang pendidik. Nasihat, pandangan dan sokongan yang diberikan menghasilkan diri ini seperti sekarang. Walaupun dipertanggungjawabkan dengan pelbagai tugasan rasmi. Namun dorongan yang diberikan menjadikan diri ini kental menghadapi segala dugaan dan cabaran yang dihadapi. Setiap kali diri ini dilanda masalah dalam tugasan abang banyak memberi nasihat dan pandangan. Pesanan itu menjadi satu panduan dalam menjalani tugasan harian. Terima kasih sekali lagi tak terhingga.


Semoga kasih sayang kita terus mekar hingga ke akhir hayat. Insya Allah..